Wednesday 29 June 2011

30.06.2011 Ability Communicate

- Medium
- Protocol
- Message
- Sender
- Receiver
- Equipment
   
Contoh result communicate antara 2 pc dengan menggunakan command prompt.

1. Request time out (RTO) 
    - sender menghantar message kpd receiver tapi receiver x balas














2. Reply











3. Destination unreachble
    - destinasi x sampai











TCP / IP Utilities
Banyak peralatan yang disediakan di dalam Microsoft Windows Server dan Microsoft Windows 2000 Professional atau yang didatangkan bersama-sama dengan Windows 2000 Resource Kit untuk mengesan kerosakan di dalam network anda. 

Keberkesanan untuk mengesan masalah di dalam network banyak bergantung kepada kebolehan anda menggunakan setiap arahan tersebut. Jika anda memahami setiap fungsi peralatan yang diberikan berserta dengan cara penggunaan pilihan yang betul, anda boleh mengenalpasti punca permasalahan dan memperbaikinya dengan mudah dan cepat. 

Beberapa senarai peralatan yang dimaksudkan ialah: 

Arp untuk mengurus Jadual ARP. 
Hostname untuk memaparkan nama hos komputer. 
Ipconfig untuk memapar dan mengubah nilai konfigurasi rangkaian TCP/IP. 
Nbtstat untuk memaparkan statistik protokol dan sambungan NetBIOS semasa. 
Netdiag untuk membuat pemeriksaan rangkaian komputer anda. 
Netstat untuk memaparkan statistik protokol dan sambungan TCP/IP semasa. 
Nslookup untuk memaparkan maklumat pelayan DNS. 
Ping untuk menguji komputer di dalam rangkaian. 
Route untuk mengurus Jadual Haluan rangkaian. 
Tracert untuk merekodkan haluan ke hos. 
Pathping untuk mengenalpasti router yang bermasalah.


Arp 
Arahan arp digunakan untuk mengurus cache ARP. Cache ini mengandungi satu atau lebih jadual yang digunakan untuk menyimpan alamat IP dan alamat fizikal. 

Walaupun arahan arp bertujuan untuk mengurus Jadual ARP, tetapi ia boleh digunakan untuk mengesan masalah rangkaian. Contohnya, jika terdapat dua hos yang berada di dalam subnet yang sama gagal membuatping antara satu dengan yang lain, anda boleh gunakan arahan arp -a di setiap PC untuk melihat sama ada kedua-dua PC tersebut mempunyai alamat MAC yang betul.
 

 
 



Hostname 
Hostname akan memaparkan nama hos komputer yang sedang digunakan. Arahan ini tidak mempunyai switches atau parameter khusus. Nama hos yang dipaparkan ialah nama yang sama ditetapkan pada applet System Properties. Untuk menukar nama hos, anda boleh menggunakan applet System Properties.






Ipconfig 
Ipconfig ialah arahan untuk memaparkan konfigurasi semasa pada stack IP komputer. 

Bagi pengguna Windows NT/2000/XP, gunakan MS-DOS dan taipkan arahan berikut:






Apabila menggunakan switch /all, ia akan menunjukkan laporan terperinci konfigurasi setiap antaramuka, termasuk miniport WAN (yang digunakan untuk remote access atau sambungan VPN). Laporan IPconfig boleh dieksport dengan membuat salinan dan tampal (copy-paste) ke dalam dokumen lain. 
Antara parameter lain yang berguna ialah /flushdns untuk membuang nama cache DNS; /registerdns untuk menyegarkan (refresh) semua hak DHCP dan mendaftar semula nama DNS; dan /displaydns untuk memaparkan kandungan cache DNS resolver. 

Parameter /release dan /renew akan melepaskan dan memperbaharui alamat IP DHCP adapter tertentu. 

Pilihan /setclassid pula digunakan untuk menukar ID kelas DHCP bagi adapter tertentu. 


Nbtstat
Nbtstat direka untuk membantu menyelesaikan masalah resolusi nama NetBIOS. Utiliti ini membenarkan anda untuk melihat Jadual NetBIOS pada komputer tempatan atau komputer lain.

Berikut adalah keterangan pilihan bagi arahan Nbtstat:

nbtstat -r - Menyingkir cache nama NetBIOS dan memuat semula.

nbtstat -n - Memaparkan nama dan servis berdaftar pada komputer tempatan.

nbtstat -c - Memaparkan kandungan cache nama NetBIOS yang menyimpan nama NetBIOS
                   kepada alamat IP.
nbtstat -r - Menyenaraikan bilangan pendaftaran dan nama penyelesaian komputer lain.


Netdiag
Netdiag membantu untuk mengasingkan masalah network dan sambungan dengan melaksanakan beberapa siri percubaan untuk mengenalpasti keadaan komputer klien sama ada ia berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Percubaan dan maklumat status yang terpapar memberikan kemudahan kepada pentadbir untuk memahami dan mengenalpasti serta mengasingkan masalah network.

Jalankan netdiag apabila komputer anda mengalami masalah network. Utiliti ini akan cuba untuk memeriksa masalah dan kekurangan pada bahagian tertentu network. Ia mampu untuk membetulkan masalah DNS dengan menggunakan switch /fix.

Kelebihan Netdiag ialah kemampuannya untuk menguji fail-fail DLL, registry dan juga servis network.


Netstat
Netstat memaparkan statistik protokol dan sambungan TCP/IP semasa.

Arahan netstat sebenarnya boleh digunakan untuk memantau protokol apa yang sedang dibuka dan siapa yang membuat sambungan tersebut. Jika anda mengesyaki seseorang sedang membuat sambungan secara tidak sah, gunakan arahan netstat ini bagi memantau setiap sambungan. Perlu diingat bahawa tidak semua sambungan boleh dianggap sebagai satu serangan penggodam. Jadi jangan mudah membuat spekulasi dengan mengandaikan bahawa komputer anda sering digodam. Protokol network terlalu kompleks untuk diterangkan kepada newbie, jadi saya rasa adalah lebih elok jika tugas ini diberikan khusus kepada pakar-pakar keselamatan komputer.

Berikut adalah senarai keterangan bagi pilihan arahan netstat:

netstat -s - Memaparkan statistik protokol

netstat -e - Memaparkan statistik tentang ethernet

netstat -r - Memaparkan maklumat Jadual Haluan sama seperti arahan route 
                  print.
netstat -a - Memaparkan semua jenis sambungan aktif, temasuklah sambungan
                  tetap dan sambungan dengar (listen).

Berikut pula 3 cabang pilihan dari apa yang boleh didapati dari pilihan -a:

netstat -n - Memaparkan semua sambungan tetap. Pilihan -n akan mencepatkan proses
                  paparan berbanding -a kerana tidak ada penyelesaian DNS berlaku.

netstat -p TCP - Memaparkan sambungan tetap jenis TCP.

netstat -p UDP - Memaparkan sambungan tetap jenis UDP



























No comments:

Post a Comment